Friday, May 15, 2009

Foto Terbaik 2008

Special Category for best ��Human Landscape��
87.7% votes

Saturday, May 2, 2009

Paling Tinggi dan Paling Rendah


Mengikut catatan Guiness Book Of Record, manusia paling ialah Bao Xishun, 7.9 kaki dan manusia paling rendah ialah Mr Ping Ping, 2.4 kaki. Apa yang menariknya kedua-duanya berasal dari Mongolia.

Tips Bila Kehilangan Anak


Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah

2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas

3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal

4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok

5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer

6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak

7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik

8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa

9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.

10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan

11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'

2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.

3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.

4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.

5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.

6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.

2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu

3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri

4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.


Lokasi mudah penculikan

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.

2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa

3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan


Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.

2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya

3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.

4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini

5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.

6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.

7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim.blogspot.com)

Jika berkesempatan dan berkemampuan, cetak tips ini untuk diedarkan.

Tanda-tanda Berbohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
AddThis

Info Serangan Jantung

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .



Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Health Tips